Posts

Showing posts from 2013

Pertandingan Choclate Cake Dr.Fazley di Radio Era

Image
1st skali nak ucap syukur yang amat sangat sebab berjaya jadi finalis pertandingan ni. Cerita die bermula mcm ni, satu pagi masa otw pergi kerja dengar slot pagi Johara..diorg umumkan ada pertandingan buat Choclate Cake ikut resepi dalam lagu Dr.Fazley.. dlm kepala waktu tu dah tefikir.."mcm syok je..mcm best jee"..heheh..so dkt opis cr resepi then balik kerja trus bedesup pergi kedai bakery Bagus dekat seksyen 13 Shah Alam...buat la kek.. antara foto yang dihantar proses in the making..hehe try letak prop lain pulak.. foto ni pon hantar juga esoknya tarikh tutup..then sampai opis trus submit photo...habis story..xda mengharap apa2..cuma suka2.. dah dlm 2-3 minggu lepas tu..tup2 ada seorang dr radio call bgth yang saya salah seorang finalis...buat deko kek bersama dengan 2 lagi finalis di restoran the sumbs shah alam...alhamdlhh..saya pon sediakan bahan2..dan besedia nak betanding..hehe sekitar majlis hari tu.. ni kek yang saya buat..chiclate cak

Ikan pekasam Cik Jah

Image
ikan pekasam goremg berlada masa pos dalam instagram dn fb ramai yang tanya mana saya dapat ikan pekasam ni...ok..sejujurnya saya bukan penggemar tegar ikan pekasam..agak memilih sikit..tapi bila rasa ikan pekasam cik jah ni..memang xbole behenti makan..sedap yang dijamin.. so..kalau ada sesapa yg berminat nak dapatkan jugak ikan ni boleh hubungi saya melalui email ya...saya tolong beli dan poskan.. jenis ikan: ikan talapia. harga: 1 paket : rm10 -excluding pos.( 3 ekor ikan) sekilo :rm28 ( belum termasuk cas pos) nurulasikinr@yahoo.com..

Ikan pekasam goreng berlada

Image
Ikan pekasam goreng berlada- photo by yuyu Lamanya xupdate blog ni..almaklumlah keje sbg pembantu editor majalah memang sangat sibuk..tapi dalam sibuk2 tu sempat teman kawan balik kampung dekat Kg.Changkat, Bota. rasanya memamg sangat2 sedap..ikan pekasam die xmasam dn masin sangat..kira sedang elok..kena la dgn citarasa yuyu.. so..jom tengok bahan2 dan cara masak. Bahan: ikan pekasam 3 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 7 biji cili padi 2 biji limau kasturi garam/ minyak/ gula (secukup rasa) Cara masak: panaskan minyak..goreng ikan pekasam sampai setengah masak.kemudian hancurkan ikan dalam kuali dan masukkan bawang dan cili yang telah diracik. Tunggu sehingga berbau harum..masukkan gula/ garam ikut cita rasa..dan hidangkan..selamat mencuba.

Mee bandung muar & udang galah

Image
Hai..assalamualaikum.. semalam baru je try mee bandung dekat 1 restoran di shah alam..restoran ni kalau tak silap namanya restoran bisik2..ada macam2 menu..tapi tertarik dengan menu mee bandung muar udang galah..harga boleh tahan..sebab saya orang johor..so dah biasa makan mee bandung muar yg sedap..dn boleh dikatakan rasa mee bandung dekat sini boleh tahan..cuma mungkin tokey kedai boleh letak lebih bahan dalam makanan kot..ada udang, kuah dan mee sahaja..rasa macam tak cukup korum..mayb tokey kedai boleh improvise lagi hidangan ni...letak daun sup.lebihkan sayur..daging..fish cake ke..sebagai cadangan..harga pulak mayb ikut saiz badan udang..kalau nak order kne check betul2..sebab die ada byk kategori mee bandung udang galah ni..ada gred a,b dn sebagainya.. Rm13.90...boleh lah..

Asam Pedas Claypot Kota Laksamana, Melaka

Image
Rasanya dah seminggu tak berblog ni..almaklumlah sibuk dengan aktiviti majalah..Tapi hujung minggu ari tu sempat singgah Melaka dan sempat pekena Asam claypot berhantu...jangam salah anggap ya..berhantu tu maksudnya ramai orang datang..penuh restoran..asam pedas ni tawarkan 4 jenis ikan berbeza iaitu kembung, pari, jenak & tenggiri serta satu lagi menu asam pedas daging tetel..Harga berpatutan dan kalau tak silap set harga ikan tenggiri dan daging tetel RM9 dan yang lain2 adalah rm8.50. Pastinya asam pedas die memang power..meletops..dekat sini juga ada makanan lain..mcm satay, otak2, masakan panas goreng2.. Ni la dia..harga asam pedas ikan kembong RM8.50 dihidangkan bersama nasi,telur masin, sayur kobis goreng & sambal belacan. Haaa..ramai kan..orang xputus2 datang..berbilang bangsa.. Haaa..tengok tu..masing2 punya potion.. Bila dah sampai melaka..mestilah singgah jonker street kejap..cuci mata..

Restoran Masakan Kampung Seksyen 13 Shah Alam

Image
Sebenarnyer dah lama makan dekat restoran ni...tapi just nak share la pengalaman tekezut masa makan situ... Duduk je restoran trus dihidangkan dengan tisu basah..air kosong..kekacang..keropok...wahhhh baiknyer servis..kitorg pon makan sambil puji2 kedai ni...then makanan pon sampai..ni 1 of the food la..yuyu order tom yam.. Memang sedap tomyamnyer..cuba la.. makan sampai habis time tu bayar...then ingat x servis pembukaan td..tisu..kacang..kopok..semuanya ada charge...heheh..tekulat2 la mata tengok bil..trus rasa alamakkkkk...puji td trus tarik balik...

Restoran tam nasi ayam, seksyen 23 shah alam

Image
Rasanya memang boleh dipuji rasa nasi ayam kedai ni..memang sedap..sekarang ni ada 2 pilihan ayam lagi..ayam goreng dan ayam bakar..yuyu da try rasa kedua2 ayam ni..memang sedap, beza cuma harga ayam bakar ni mahal sikit daripada ayam goreng tp masih lagi berpatutan.. Nasi ayam tam..seksyen 23, shah alam Ayam goreng Ayam bakar Dihidang bersama sup panas

Resepi mudah spagheti bolognes

Image
Spagheti bolognes  Ni rasanya resepi paling mudah.bahan pon xpakai banyak..rasa die memang sedap..cuma kalau rajin tambahkan seafood mesti lagi sedap :) Bahan- bahan: Spagheti mee Cream cheese sekotak ( boleh beli dekat mane2 pasara) Daun thyme.. Bahan- bahan cara memasak: Rebus mee sampai lembut kemudian toskan Masak cream sampai mendidih  kemudian masukkan daun thyme kalau rasa tawar tambah garam Nak pedas masukkan lada hitam atau cili potong..

Restoran Ikan Bakar Umbai Kg.Melayu Subang

Image
Nama kedai macam dekat melaka kan..tp bukan...:) Hari ni ubah angin sikit..selalu makan area shah alam..kali ni nak try area kg.melayu subang..sambil tercari2 tu tjumpa satu kedai makan. Suasana die tenang..mayb time tu awal lagi dalam kol 8 mlm..kalau nak ke sg.buluh ikut jalan dalam akan nampak kedai ni..die tersorok sikit..kene naik bukit sikit jalan nak masuk kedai ni..pilihan makanan pon banyak..dan yang paling penting..harga mesti berpatutan.. kalau bg bintang tuk suasana kedai boleh dapat 4 bintang..tapi tuk rasa makanan tu 3.5 bintang. Ni la signboard kedai makan tu.. Western food pon ada Kuew tiaw goreng rm4 Nasi goreng usa rm7 Pilihan makanan laut

Resepi Gulai keladi Masak Lemak Dan Siput Sedut

Image
Photo By Yuyu Roslan Ni satu lagi makanan kalau makan dengan nasi putih panas, sambal belacan tambah lagi dengan ikan masih.. memang sedap.. terangkat. hehe.. petua nak hilangkan lendir pada keladi senang je.. masa siang keladi tu sediakan satu bekas air dan rendam.. dalam 5 minit cukup lah.. lepas tu dah ready untuk masak..Terfikir-fikir nak masak ape tengah hari ni? jom cuba masak gulai ini.. Bahan-bahan: 1kg siput sedut 300ml santan pekat 1 ikat batang keladi 1 keping asam gelugur 1 helai daun kunyit 10 biji cili pada 3 ulas bawang merah 1 inci kunyit hidup (nak pakai serbuk pon boleh) Cara Memasak: Bersihkan siput sedut, pastikan muncung diketuk dan ditoskan. Masukkan bebawang, cili, serai, air, siput sedut ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Apabila mendidih, masukkan keladi,serai, daun kunyit dan kacau sebati. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan tunggu lebih kurang 5 minit dan dah boleh dihidangkan.. Saiz hidangan: 3-4 orang

Resepi Ayam Masak Ungkep

Image
Ayam Masak Ungkep, Photo by Yuyu Roslan Ni memang kegemaran Yuyu. Kalau mak masak memang sanggup makan panas-panas ceduk dalam kuali. Memang puas hati, boleh makan dengan nasi atau nasi impit.. bebaloi-baloi Bahan-Bahan: 1 ekor ayam, dipotong dan dibersihkan 10 biji cili merah 4 ulas bawang putih 1/2 inci kunyit hidup 1 sudu makan ketumbar 1 sudu makan jintan putih 300ml santan 3 batang serai - dirampai halus 4 helai daun kesum 3 helai daun limau purut 2 sudu air asam jawa 1 sudu gula garam secukup rasa 3 sudu minyak masak Cara Memasak: Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga berbau harum ( cili merah/ bawang putih/kunyit hidup/ ketumbar ) Masukkan ayam dan  masak hingga empuk Kemudian, masukkan gula, garam dan air asam jawa kacau sebati. Pastikan api sentiasa sederhana, masukkan daun kesum dan limau purut. Biarkan selama 10 minit setelah puas hati ayam dah cukup masak, tutup api dan hidangkan. Jumlah hidangan: 5-7 orang Masa penyediaan: 25 mini

Resepi Sambal Goreng Tempe

Image
Sambal Goreng Tempe, Photo By Yuyu Roslan Selalunya orang jawa yang suka makan tempe ni kan.. tapi sekarang ni rasanya dah ramai yang suka masakan tempe ni. Dalam resepi kali ni, tempe dijadikan sebagai bahan utama kalau nak tambah tahu pon boleh jugak.. ikut citarasa sendiri. Sebagai info, tempe ni kaya dengan sumber protien. Bahan-Bahan: 2 ulas bawang putih 3 ulas bawang merah 7 tangkai cili kering 1/4 cawan minyak masak 1/4 sudu teh garam serbuk perasa/serbuk cukup rasa pon boleh 1/4 sudu teh gula 3 keping tempe 1/4 cawan air asam jawa Cara Memasak: Panaskan minyak dalam kuali Masukkan bahan yang dikisar ( bawang putih/bawang merah/cili kering) Kacau, sambil tu masukkan air asam jawa (pastikan api sederhana perlahan) Masukkan tempe yang telah digoreng dan dipotong nipis Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya (ikut citarasa lidah masing-masing) Kacau sehingga sebati, biarkan kering & hidangkan Hidangan: 2-4 orang Masa penyediaan: 10 minit

Resepi Pindang Ikan Tongkol

Image
Pindang Ikan Tongkol, Photo By Yuyu Roslan Biasanya makanan pindang ni pilihan ibu-ibu yang sedang berpantang. Lagipun makanan rebus macam ni bebas kalori yang tinggi. Jom tengok apa bahan dan bagaimana cara nak masak pindang ni.. Bahan-bahan: 1 kg Ikan Tongkol 3 batang serai 2 helai daun kunyit 3 biji cili merah 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 1 sudu teh gula pasir garam secukup rasa air secukupnya Cara memasak: Aturkan ikan tongkol ke dalam periuk Masukkan cili merah, bebawang, asam gelugur, kunyit hidup,& gula pasir Masukkan air sama paras dengan ikan Jerangkan air sehingga mendidih. Masukkan garam dan kacau perlahan. Tutupkan api, hidangkan. Hidangan untuk 5 orang.

Restoran tepi kolam ikan..Shah Alam

Image
Tibe-tibe semalam rasa stress kerja..so decide nak makan tempat yg tenang dan ofkos harga berpatutan..fikir punya fikir..teringat satu kedai makan ni sbelah die ada kolam pancing ikan..haaaa..apa lagi..drve kreta pergi la seksyen 24 shah alam..dekat dengan uptown shah alam..memang betul..sampai sana..leka tengok orang mancing ikan..lupa semua stress..alhamdullh..ce try bawa family..mesti syok..sambil makan ikan tengok orang pancing ikan..heheh..tapi jangan risau...ikan yg u all makan bukan ikan dari kolam tu..heheh Tengok abg tu..bukan main ralit lagi tengok orang mancing Tomyam campur..harga dalam rm5 shj Kuew tiaw kungfu..harga rm4.50 shj Keropok lekor rm3 shj Ni la suasananya..romantik..2 orang makan harga dalam rm14

Maggi goreng sayur cendawan

Image
Lepas penat dengan masak meggi..selalunya masak rebus je..hari ni sebab stress keje rasa mcm nak buat sesuatu yang lain..untuk kepuasan hati dan perut sendiri..hehe.. pergi kedai runcit nampak cendawan, cili api & bayam..maka jadilah meggi goreng sayur cendawan.. Bahan: Sebungkus mee segera 3 biji cili api Seikat bayam 5 payung cendawan :) sebiji bawang besar 2 biji bawang putih Cara masak: Kembangkan mee Sambil tu panaskan kuali tumis bawang &cili api Bila dah bau wangi masukkan sayur & mee yg dah ditos tadi Gaulkan..tunggu dalam 5 minit.. Hidangkan... Nah! Ni dia...super duper sedap kalau makan dengan telur goreng..sesuai la tuk orgorang bujang yg penat bekerja..hehe..selamat mencuba..xoxo

Sedapnya sate

Image
Tahukah anda sate sebenarnya berasal daripada Jawa, Indonesia dan diperkenalkan oleh pedagang- pedagang di sana. Patutla time pergi Bandung dulu banyak betul orang jual sate..selain tu, sate juga makanan nasional Indonesia..dari mana dapat tahu? Jawapannya:wikipedia..hihihi.. Ada satu fakta menarik kenapa sate yang mesti dihidangkan dengan timun..ia dipercayai untuk mengelakkan penyakit barah. Sebabnya sate yang dibakar mengandungi bahan karsinogen(kalau salah eja maaf ya..)..dan timun pula anti karsinogen..jadi match la kedua kombo ni kan..bijak juga orang dulu2 ni kan..sebab setahu admin sate ni dah ada lama da..sebelum lahir lagi..hihi *Sate dari restoran Tupai- tupai seksyen 13 shah alam. Memang sedap..sambil makan bawah pokok kelapa..memang layannn..

KL Fabulous Food Hunt 2013

Image
Ni kira 1st event la kan..sebagai peserta..selalunya jadi krew je..lepas dipujuk adik..katanyer org nk kawen ni rezeki murah..mane th boleh menang..hihihi..tu la ayat2 manis si angah adikku tu..masa masuk ni dr awal ok..tak da masalah pape..tapi ada la beberapa hal yg diluar jangkaan berlaku.. 1. Hampir ditipu oleh pak cik teksi..ada ke patut nk extra charge sebab lebih muatan..5 orang tmasuk pemandu teksi lebih muatan katanya..lpas tu nk charge lebih lagi sebab bawa beg..nasib baiklah dalam kocek kerusi teksi tu ada guide aduan..apa lagi..baca kuat2 la..siap blakun dengan adik amik nom.teksi konon2 nak buat aduan.. 2.Tiba je check point last dkt pwtc..baru sedar hp hilang..masa tu dah tak pk ape dah..sebuk mncari hp je..xbuat pon last task tu..nasib baiklah hp tu dijumpa oleh abg yg jujur..dpt smula hp tu..alhmdlh..masih ada org yg baik.. Tips yg dipelajari: * buat task yang jauh dulu.. * barang2 make sure jaga elok2.. * masa makan jangan minum air banyak.. * baca