Resepi Sambal Goreng Tempe
Sambal Goreng Tempe, Photo By Yuyu Roslan |
Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
7 tangkai cili kering
1/4 cawan minyak masak
1/4 sudu teh garam
serbuk perasa/serbuk cukup rasa pon boleh
1/4 sudu teh gula
3 keping tempe
1/4 cawan air asam jawa
Cara Memasak:
Panaskan minyak dalam kuali
Masukkan bahan yang dikisar ( bawang putih/bawang merah/cili kering)
Kacau, sambil tu masukkan air asam jawa (pastikan api sederhana perlahan)
Masukkan tempe yang telah digoreng dan dipotong nipis
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya (ikut citarasa lidah masing-masing)
Kacau sehingga sebati, biarkan kering & hidangkan
Hidangan: 2-4 orang
Masa penyediaan: 10 minit
Comments
Post a Comment