Resepi Gulai keladi Masak Lemak Dan Siput Sedut
Photo By Yuyu Roslan |
Bahan-bahan:
1kg siput sedut
300ml santan pekat
1 ikat batang keladi
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
10 biji cili pada
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup (nak pakai serbuk pon boleh)
Cara Memasak:
Bersihkan siput sedut, pastikan muncung diketuk dan ditoskan.
Masukkan bebawang, cili, serai, air, siput sedut ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana.
Apabila mendidih, masukkan keladi,serai, daun kunyit dan kacau sebati.
Akhir sekali, masukkan santan pekat dan tunggu lebih kurang 5 minit dan dah boleh dihidangkan..
Saiz hidangan: 3-4 orang
Comments
Post a Comment