Asam Pedas Claypot Kota Laksamana, Melaka

Rasanya dah seminggu tak berblog ni..almaklumlah sibuk dengan aktiviti majalah..Tapi hujung minggu ari tu sempat singgah Melaka dan sempat pekena Asam claypot berhantu...jangam salah anggap ya..berhantu tu maksudnya ramai orang datang..penuh restoran..asam pedas ni tawarkan 4 jenis ikan berbeza iaitu kembung, pari, jenak & tenggiri serta satu lagi menu asam pedas daging tetel..Harga berpatutan dan kalau tak silap set harga ikan tenggiri dan daging tetel RM9 dan yang lain2 adalah rm8.50. Pastinya asam pedas die memang power..meletops..dekat sini juga ada makanan lain..mcm satay, otak2, masakan panas goreng2..
Ni la dia..harga asam pedas ikan kembong RM8.50 dihidangkan bersama nasi,telur masin, sayur kobis goreng & sambal belacan.

Haaa..ramai kan..orang xputus2 datang..berbilang bangsa..

Haaa..tengok tu..masing2 punya potion..

Bila dah sampai melaka..mestilah singgah jonker street kejap..cuci mata..

Comments

Popular posts from this blog

Sarapan di Ampangan, Negeri Sembilan

Restoran Ikan Bakar Umbai Kg.Melayu Subang

Restoran tepi kolam ikan..Shah Alam