Tempat best di Jogja: Gembira LokaZoo
Tak lengkap kalau bawa anak melancong ke Jogja tak pergi ke Gembira Zooloka ni. Kami naik Grab je ke zoo ni dari hotel kami di Jalan Affandi. Bayaran hanya sekitar 12000 Rupiah kira-kira dalam RM4 guna GRAB Car. Murah, cepat dan mudah guna aplikasi Grab ni di Jogja. Rasanya kalau saya ke Jogja untuk next vacation tak kan ambil pak supir dah, guna Grab Car je. Lebih jimat. (Iklan Grab Car sekejap J ) Harga Tiket: Hari Biasa (Isnin-Jumaat) Rp.25.000,-/Orang (RM8) Hari Libur (Sabtu, Ahad &Cuti Umum) Rp.30.000,-/Orang (RM10) Kanak-kanak umur 3 tahun ke bawah tidak dikenakan tiket. Ianya adalah gratis (percuma) Seriously, masa masuk je dalam zoo ni kitorg memang teruja sangat. Bukan anak je teruja, mak bapak pon sama. Bayangkan, kita dekat Malaysia, masuk zoo Negara pon dah kena bayar RM40+ untuk tiket sahaja. Bila masuk dalam zoo, rasa kecewa, salah satu sebabnya kebersihan. Banyak kandang-kandang haiwan yang kotor. End up, ra