Tempat best di Jogja: Gembira LokaZoo

Tak lengkap kalau bawa anak  melancong ke Jogja tak pergi ke Gembira Zooloka ni. Kami naik Grab je ke zoo ni dari hotel kami di Jalan Affandi. Bayaran hanya sekitar 12000 Rupiah kira-kira dalam RM4 guna GRAB Car. Murah, cepat dan mudah guna aplikasi Grab ni di Jogja. Rasanya kalau saya ke Jogja untuk next vacation tak kan ambil pak supir dah, guna Grab Car je. Lebih jimat.
(Iklan Grab Car sekejap J)

Harga Tiket:
Hari Biasa (Isnin-Jumaat) Rp.25.000,-/Orang (RM8)
Hari Libur (Sabtu, Ahad &Cuti Umum) Rp.30.000,-/Orang (RM10)
Kanak-kanak umur 3 tahun ke bawah tidak dikenakan tiket. Ianya adalah gratis (percuma)















Seriously, masa masuk je dalam zoo ni kitorg memang teruja sangat. Bukan anak je teruja, mak bapak pon sama. Bayangkan, kita dekat Malaysia, masuk zoo Negara pon dah kena bayar RM40+ untuk tiket sahaja. Bila masuk dalam zoo, rasa kecewa, salah satu sebabnya kebersihan.  Banyak kandang-kandang haiwan yang kotor. End up, rasa tak nak pergi lagi Zoo Negara ni.
Kalau nk bandingkan dengan zoo dekat Jogja ni, jauh beza. Dari segi hiasan zoo, dengan pokok-pokok dibentuk dengan rupa haiwan,  keretapi bergerak yang comel, semuanya buatkan hati pengunjung rasa seronok. Memang padan la nama zoo ni GEMBIRA LOKAZOO.

Ni peta dalam zoo ni.
Image by http://gembiralokazoo.com/

Selain daripada aktiviti tengok binatang, dekat zoo ni ada spa ikan. Memang best spa ni. Tempat die pon cantik. Harga untuk seorang 25000 Rupiah (RM8) sahaja. Selain tu, kalau nak naik gajah, nak pegang kura-kura dan ular pon diorang ada sediakan.  Apa yang buatkan kami lebih teruja bila ada sesetengah haiwan dekat zoo ni haiwan-haiwan yang tak pernah nampak dekat zoo Malaysia. Lebih-lebih lagi haiwan jenis reptilia. Katak comel warna Hijau susu.. penah nampak? Dan yang penting dekat sini, dorg tak da nak repeat haiwan yang sama ya, macam yang ada dekat Zoo Melaka, lepas rusa, rusa lagi..lepas tu rusa lagi..

Sebelum keluar daripada zoo ni,  akan nampak banyak kedai-kedai jual cenderamata. So, boleh la beli buat kenangan. Untuk baju budak saiz 2 tahun, corak Zooloka ni baru RM10. Murah amat.  



So, korang yang dah sampai Jogja, kalau nak rasa gembira pergilah Gembira LokaZoo.

Comments

Popular posts from this blog

Sarapan di Ampangan, Negeri Sembilan

Restoran Ikan Bakar Umbai Kg.Melayu Subang

Restoran tepi kolam ikan..Shah Alam