One-Stop Residence Hotel & Office, Kuala Lumpur

Percutian 2 hari 1 malam sempena nk meraikan bakal pengantin. Memandangkan kami plan pun last minute, dan dah tengok semua hotel-hotel/ apartment yang lain, so decided untuk stay dekat sini atas dasar harga yang agak murah berbanding dengan penginapan tempat lain.   

Harga yang dikenakan adalah RM259 (harga apartment + Tax) untuk 1 malam untuk 4 orang. Saya booking di Booking.com. Mungkin untuk website lain, harga berbeza. Jadi, rajin-rajinlah survey ya. Penginapan dengan 2 bilik tidur + 2 bilik mandi + 1 bilik belajar 

Apa yang disediakan? Pinggan, mangkuk, sudu, cawan, gelas, peti ais, peti kesemalatan, TV, Microwave, filter air, tuala mandi, sabun mandi & shampoo.  Kalau nk tambah  tuala, kne caj RM10 bagi 1 helai tuala.  Kalau nak menggosok baju, seterika mereka sediakan, tapi anda perlu call dulu receptionist dan seterika akan dihantar selepas pukul 9 pagi. Tidak boleh memasak ya, tiada dapur pon disediakan di sini. Sarapan pagi pon tidak disediakan, jadi anda boleh bawak siap-siap makanan dari rumah atau bersarapan di sekitar kawasan ni.

Kawasan hotel/residensi ini berhampiran dengan Stesen LRT Chan Sow Lin. So, sangat-sangat memudahkan bagi sesiapa yang bercadang untuk jalan-jalan kawasan KL dengan menggunakan pengangkutan awam. 

Di bahagian bawah kawasan hotel ni, adalah shopping mall yang agak suram, banyak kedai tidak dibuka, jadi untuk ke lobi hotel perlu masuk kawasan ni, dan anda akan jumpa 2 lobi, lobi yang cantik tu adalah untuk IBIS Hotel. dan satu lagi lobi, yang biasa-biasa je :) adalah untuk One-Stop Residence Hotel & Office. Semasa mendaftar bawak duit tunai RM200 siap-siap (mereka tidak terima kad untuk deposit) untuk bayar deposit keselamatan. Deposit ni akan dipulangkan masa check out nanti kalau tiada apa-apa barang yang rosak@ hilang.  Ini adalah rutin biasa jika menginap di hotel-hotel.  Untuk parking pula, RM10 dikenakan (bayar lain ya, tidak termasuk duit untuk menyewa hotel tadi).  

Kebersihan hotel ni bagi saya berada pada tahap sederhana. Bagi yang jenis tak kisah, pasti anda puas hati menginap di sini. Swimming pool pon ada. :). 


Pemanas air disediakan

Ruang tamu

Ruang makan disediakan filter air (panas & sejuk), ada microwave

Bilik belajar

Kolam mandi



*gambar bilik tidur lupa nak ambil. Boleh cek dekat website, lebih kurang sama apa yang dipaparkan dengan yang sebenar. 

Comments

Popular posts from this blog

Sarapan di Ampangan, Negeri Sembilan

Restoran Ikan Bakar Umbai Kg.Melayu Subang

Restoran tepi kolam ikan..Shah Alam