Posts

Tempat best di Jogja: Gembira LokaZoo

Image
Tak lengkap kalau bawa anak  melancong ke Jogja tak pergi ke Gembira Zooloka ni. Kami naik Grab je ke zoo ni dari hotel kami di Jalan Affandi. Bayaran hanya sekitar 12000 Rupiah kira-kira dalam  RM4 guna GRAB Car. Murah, cepat dan mudah guna aplikasi Grab ni di Jogja. Rasanya kalau saya ke Jogja untuk next vacation tak kan ambil pak supir dah, guna Grab Car je. Lebih jimat. (Iklan Grab Car sekejap  J ) Harga Tiket: Hari Biasa (Isnin-Jumaat) Rp.25.000,-/Orang (RM8) Hari Libur (Sabtu, Ahad &Cuti Umum) Rp.30.000,-/Orang (RM10) Kanak-kanak umur 3 tahun ke bawah tidak dikenakan tiket. Ianya adalah gratis (percuma) Seriously, masa masuk je dalam zoo ni kitorg memang teruja sangat. Bukan anak je teruja, mak bapak pon sama. Bayangkan, kita dekat Malaysia, masuk zoo Negara pon dah kena bayar RM40+ untuk tiket sahaja. Bila masuk dalam zoo, rasa kecewa, salah satu sebabnya kebersihan.   Banyak kandang-kandang haiwan yang kotor. End up, ra

Restoran Nasi Lemak Haji Ali, Seksyen 13, Shah Alam

Image
Mana orang Kedah? Pakat mai datang kedai ni na.. Betul-betul depan stadium Shah Alam deret Hospital Bersalin Umra. Ada Nasi Lemak style Kedah. 1st time kami sampai, kami ingtkan kedai ni ada offer nasi lemak yg mcm biasa kami makan tu, rupenye tidak. nasi lemak makan dengan kuah gulai, kari dkt sini. ala-ala nasi kandar pon ada.  Harga not bad. Mungkin, kedai ni patut buat nasi lemak biasa jugak kot. Ada dua jenis nasi lemak. Lagi best.

Restoran Dapur Warisan Rasa Seksyen 13 - Shah Alam

Image
Sebenarnya ni dah kali kedua kami satu keluarga makan dekat sini. Hasben kata sedap masakannya. Kalau sapa-sapa yang perasan kedai ni dulu tempat restoran steamboat pak usu (kalau silap nama tu maafkan ya). Kedai ni dibuka dari pagi sampai malam. Jadinya daripada sarapan, makan tengah hari dan makan malam lah ada. ShellOut pon ada tau! Alamat:  87, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia

Restoran Kemangi, Taman Paroi jaya, Negeri Sembilan

Image
Punca Sikin ke restoran ni sebab abah dan mak yang cadangkan. Mereka kata restoran ni best, suasana dia macam makan dalam zaman-zaman 70-an. Bayangkan kami dari Melaka Premium Outlet dekat Alor Gajah tu, sanggup meredah jem (cuti raya haji + merdeka) dekat 2 jam semata-mata nak ke restoran ni. Sampai je sini.. memang betul lah apa yang abah cakap. memang best. Mana-mana yang suka makan dalam suasana tenang, sambil dengar lagu-lagu lama, boleh lah berkunjung ke Restoran  Kemangi ni. Makanan ada banyak pilihan, makanan barat pon ada. Restoran ni betul-betul berhadapan dengan Stadium Paroi. Alamat restoran PERSIMPANGAN TMN PINGGIRAN GOLF / TMN PAROI JAYA, BATU 3, JALAN KUALA PILAH, SEREMBAN, 70400 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia Waktu operasi:    5:30 petang - 1 pagi Ada tempat jual baju dalam restoran ni Antara menu yang ada

Sarapan di Ampangan, Negeri Sembilan

Image
Baru-baru lepas ambil En.Azizi dari KLIA kami bersarapan di sebuah restoran. Pertama kali makan di sini, dah jatuh hati. Restoran ni bersebelahan dengan Medan Selera Ampangan. Ni rupa restoran tu dari luar Makanan semua sedap-sedap. Macam-macam ada. Apa yang menarik tentang restoran ni, makanan semua dah tersedia. Cuma perlu ambil, dan bayar. Harga tak da la mahal sangat, berpatutan. Tempat makan pon selesa. Untuk air pula, kalau minuman sejuk, semuanya dah disediakan dalam peti ais, anda cuma perlu ambil ais sendiri sahaja. da siap dengan straw dah pon. tinggal pilih je nak yang mana Kaunter untuk pembayaran. ada 2, so xda la lama sangat menunggu

One-Stop Residence Hotel & Office, Kuala Lumpur

Image
Percutian 2 hari 1 malam sempena nk meraikan bakal pengantin. Memandangkan kami plan pun last minute, dan dah tengok semua hotel-hotel/ apartment yang lain, so decided untuk stay dekat sini atas dasar harga yang agak murah berbanding dengan penginapan tempat lain.    Harga yang dikenakan adalah RM259 (harga apartment + Tax) untuk 1 malam untuk 4 orang. Saya booking di Booking.com. Mungkin untuk website lain, harga berbeza. Jadi, rajin-rajinlah survey ya. Penginapan dengan 2 bilik tidur + 2 bilik mandi + 1 bilik belajar  Apa yang disediakan? Pinggan, mangkuk, sudu, cawan, gelas, peti ais, peti kesemalatan, TV, Microwave, filter air, tuala mandi, sabun mandi & shampoo.  Kalau nk tambah  tuala, kne caj RM10 bagi 1 helai tuala.  Kalau nak menggosok baju, seterika mereka sediakan, tapi anda perlu call dulu  receptionist  dan seterika akan dihantar selepas pukul 9 pagi .  Tidak boleh memasak ya, tiada dapur pon disediakan di sini. Sarapan pagi pon tidak disediakan, jadi anda bole

Rezeki nak kahwin - tiket ke Paris

Image
Rezeki nak kahwin? Memang betul..rezeki nak kahwin ni dtg dalam macam-macam bentuk. alhamdlh..bila ada niat je nak kawen.. rezeki tu insyallah ada. Masa tu sikin just bawa student ke Canon Photomarathon dekat Times Square.. MAS ada bukak booth dan buat contest.. Just masuk dan tak sangka menang.. so dapat la 2 tiket ke Paris.. alhamdllah..boleh buat pergi Honeymoon.. Kuar dalam MAS instagram :) Kalau dulu, masa nak tunang menang petandingan buat kek coklat dengan resepi Dr.Fazley di radio era.. nak kawen dapat tiket g Paris. Alhamdllh.

Doorgift untuk VIP

Image
Pening juga memikirkan hal ni.. nak bagi ape lah untuk very very very important person ni ya masa kahwin nanti.. rasanya ada lah dalam 6 bulan duk survey.. At last kami pilih yang macam ni.. Average harga untuk gift yang macam ni boleh dapat dalam Rm4.50 siap kotak. Kedai yang disurvey: Sayangku Klang (sebelah GM Klang) Kotak 100pcs = RM 1.00 (slps nego) Bekas kaca = RM7.00 (Mahal :p) Romantika Plaza Alam Sentral Kotak = tiada dijual disini Bekas kaca = RM3.50 ++ (banyak design pilihan, cantik, stok xsure ada banyak ke tak) Kedai bunga seksyen 24 ( dekat dgn roundbout Uptown Shah Alam) Harga kotak + bekas kaca utk 100 biji = RM 4.50 ( selepas nego) Jadi kami dah decide..Beli kotak di kedai bunga Sayangku, beli bekas kaca di Romantika..  Suka la makcik2 dekat kampung dapat bekas ni..bole letak kuih raya ye dak? :) Harga ni semua untuk 100 biji..kalau beli lagi banyak dapat lagi kurang kot.. so, b2b..rajin2 survey..kalau u all ada kedai lg murah..share2 ya..  :)